Kafe Kak Normah Saji ‘Kerutuk Asli Kelantan’

Kafe Kak Normah Saji ‘Kerutuk Asli Kelantan’

Kafeteria Kak Normah beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 12 malam

PRESINT 5 – Berbekalkan resepi turun temurun kerutuk asli Kelantan, nama Kak Normah Kafe & Katering sememangnya tidak asing lagi di kalangan peminat sajian popular pantai timur tersebut yang pernah menghiasi ruangan akhbar tempatan dua tahun lalu.

Normah

Normah

Pemiliknya, Normah Mat Jusoh, 49, semasa ditemui MyPutrajayaNews sempat berkongsi cerita tentang pengalamannya berniaga bersama keluarga sejak 15 tahun dahulu.

“Kita memang mengekalkan rasa pantai timur untuk hidangan kerutuk agar warga pantai timur di kawasan Putrajaya dan lain-lain kawasan terdekat ini masih dapat menikmati rasa asli kerutuk Kelantan.

“Kerutuk yang disediakan mempunyai kelainan tersendiri di mana ia mempunyai ramuan khas hasil ciptaan saya sendiri menggunakan rempah yang terdapat di Kelantan,” jelas beliau.

Tambahnya, pemilihan daging juga turut menjadi aspek penting dalam penyediaan kerutuk bagi mendapatkan hasil yang memuaskan kepada pelanggan.

Kafeteria itu akan dibuka seawal jam 6 pagi sehingga 12 malam. Kak Normah Kafe & Katering turut menyediakan khidmat katering bagi majlis-majlis keramaian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kak Normah Kafe & Katering, sila hubungi nombor telefon di talian 012-228 3376.

Kak Normah sempat beramah mesra dengan penduduk

Kak Normah sempat beramah mesra dengan penduduk