Majlis Iftar Pupuk Semangat Perpaduan Kawan Muda Putrajaya

Majlis Iftar Pupuk Semangat Perpaduan Kawan Muda Putrajaya

Sebahagian daripada peserta Kawan Muda Putrajaya yang hadir dalam Majlis Iftar Kawan Muda Putrajaya 2016

PRESINT 2 – Lebih 30 orang ahli Kelab Wartawan dan Karyawan Muda Putrajaya (KAWAN MUDA PUTRAJAYA) menyertai Majlis Iftar Kawan Muda yang diadakan di Menara Seri Wilayah, di sini, baru-baru ini.

Zharif

Zharif

Ketua Program, Zharif Adam Zaidi, 17, berkata, majlis ini sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli baharu dan ahli sedia ada sejak KAWAN MUDA ditubuhkan.

“Alhamdulillah, dapat dilihat, mereka tidak kekok ataupun berasa malu untuk bertanya.

“Selain itu, kami juga berkesempatan meraikan Abang Izzat yang bakal bertukar kerja ke Kuala Lumpur tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, peserta yang hadir pada juga berpeluang menimba ilmu editing yang disampaikan saudara Zharif.

Zulaika

Zulaika

Salah seorang ahli yang pernah menyertai Kursus Photowalk 1.0, Siti Zulaika Sudirman, 17, berkata, dirinya berasa sangat seronok kerana dapat menghadiri majlis tersebut.

“Saya berasa gembira dan teruja kerana dapat berkenalan dengan ahli baharu dan berkongsi pengalaman saya selama sepanjang menyertai kursus yang dijalankan oleh KAWAN MUDA.

“Justeru itu, saya berharap agar program ini dapat diteruskan seterusnya menambah lagi bilangan ahli Kelab Wartawan dan karyawan Muda Putrajaya,” ujarnya.

Zuleikha

Zuleikha

Sementara itu, peserta yang baru menyertai KAWAN MUDA, Nur Zuleikha Bee Ahmad Ghazali, 14, berkata dirinya berasa sangat teruja dengan majlis yang diadakan.

“Saya berasa gembira kerana dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan lain.

“Selain itu, saya juga dapat menambah ilmu yang telah disampaikan oleh abang Zharif dalam satu sesi editing gambar,” katanya lagi.

Dia berharap majlis berkenaan dapat diteruskan disamping memperbanyakkan lagi kelas berkenaan meng’edit’ gambar.