16 Jumpers Juara Lompat Tali 1 Murid 1 Sukan

16 Jumpers Juara Lompat Tali 1 Murid 1 Sukan

Pasukan 16 jumpers sedang membuat pertunjukan kepada para tetamu yang hadir di pertandingan lompat tali 1 Murid 1 Sukan .

PRESINT 11 – Pasukan 16 Jumpers dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 telah dinobatkan sebagai Juara kategori Remaja Lelaki Pertandingan Lompat Tali 1 Murid 1 Sukan yang melibatkan empat buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1).

Menurut pengurus pasukan 16 Jumpers, beliau berasa bangga dan besyukur atas penat lelah dan usaha mereka mendatangkan hasil.

“Selain itu, saya tidak menyangka apabila pasukan saya dapat mengalahkan 9 pasukan lain kerana pasuka 16 Jumpers berlatih hanya 3 minggu sahaja.

“Tahniah diucapkan kepada pasukan saya kerana membuat dengan bersungguh-sungguh serta mengharumkan nama sekolah,” katanya ketika di temuramah oleh wartawan MyPutrajayaNews.

Sebanyak 50 pasukan yang beraksi dalam pertandingan ini melibatkan 10 pasukan dari sekolah menengah dan 40 pasukan dari sekolah rendah.

Pengurus program, Zarawahida Zakaria berkata, Pertandingan ini bertujuan untuk membudayakan sukan lompat tali di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah.

“Pasukan yang menyertai pertandingan kali ini ialah terdiri daripada pasukan yang telah mengikuti klinik sukan lompat tali yang telah diadakan bagi tahun 2016 dan 2017.

“Mungkin sukan ini kelihatan biasa dan mudah tetapi hakikatnya, ia memerlukan latihan dan kemahiran untuk melakukan satu-satu pergerakan,” jelasya.

Sehubungan itu, beliau berharap sukan lompat tali akan terus berkembang kerana ia bukan sekadar sukan tetapi mampu memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.