12 Peserta Sertai Bengkel Khas Dalami Ilmu Photoshop

12 Peserta Sertai Bengkel Khas Dalami Ilmu Photoshop

Izzat memberi tunjuk ajar kepada para peserta bengkel yang hadir

PRESINT 14 – Seramai 12 ahli Kawan Muda Putrajaya menyertai Bengkel Khas Photoshop anjuran Kawan Muda Putrajaya, di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), baru-baru ini.

Para peserta diberi tunjuk ajar asas penggunaan Photoshop serta fungsi di dalamnya.

Izzat

Izzat

Pengajar, Mohd Izzat Rifdee berkata, bengkel ini diadakan atas usaha dan minat oleh ahli-ahli Kawan Muda Putrajaya bagi mengisi waktu lapang pada cuti sekolah.

“Secara umum, pelaksanaan bengkel itu adalah untuk melahirkan ahli yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang fotografi serta asas menyunting gambar.

“Sepanjang bengkel ini diadakan, para peserta memberikan tindakbalas positif dalam mendapatkan input atau pengetahuan baru yang mereka perolehi daripada program ini,” katanya.

Menurut Izzat, secara asasnya para peserta telah memahami cara-cara menggunakan ‘tools’ serta fungsinya.

“Mereka ini akan dilatih dari masa ke semasa sehingga mahir agar dapat membantu membantu rakan-rakan lain pada Bengkel Asas Photoshop Siri 1 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Izzat turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan guru-guru penyelaras kelab Kawan Muda Putrajaya yang banyak memberi kerjasama bagi menjayakan bengkel tersebut.